assalamualaikum
hari ni adalah hari ke-3 aku guna internet unlimited webe ni, so aku nak cerita sedikit sebanyak tentang webe ni.
Aku dah lama usha pasal webe ni tapi sebelum ni anda hanya dapat harga rm79 jika anda adalah pelanggan tm dan juga menggunakan handphone tertentu yang mempunyai 4g 850 mhz.
so kalo tak cukup syarat harga sebenar adalah rm199, ini yang membuatkan aku malas nak daftar sebelum ni.
Tapi webe dengan baik hatinya telah buat promosi #webenow , iaitu sesiapa sahaja boleh daftar tanpa syarat handphone khusus dan harga yang lumayan rm79 sahaja, amat berbaloi untuk unlimited internet dan call , berminat dengan webe sebab dia buat promosi mula bulan november ni.
So mula aku pon ingat nak beli by pos je, tapi ada orang kata hanya pendaftar sahaja nanti yang boleh collect dari posmen, dia nak pastikan kad pengenalan orang yang daftar. Jadi nye aku pergi terus ke sunway piramid dengan abang semata-mata nak daftar plan webe ni.
Aku pilih untuk try ni aku daftar no baru sebab tak tau lagi coverage dia camne,
pendaftaran cepat je tak sampai 15minit.
mula test di prngkalan chepa, kelantan boleh dapat 4g wow. speed average 8~10mbps.
youtube 480 resolution, smooth tak buffer.
pastu kalo kat jalan kadang hanya dapat 3g / H+ boleh speed dalam 4mbps, still smooth lancar.
Aku rasa webe guna line celcom, so mana2 ada celcom line webe pon akan cun.
cuma ada dengar orang kata di sesetengah area di kedah line tak laju.
korang boleh try check di website http://webe.com.my untuk kawasan coverage.
dan semenjak webe launch promosi ni, pengguna webe boleh masuk simcard webe dalam usb modem dan guna di laptop. memang berbaloi.
tapi dingatkan kalo cucuk dalam mifi tak boleh hotspot, sebab webe limit hanya 1 device setiap penggunaan.
untuk hotspot korang kena bayar rm6.36 / 2 jam. yang ni aku tak try lagi, rasa mahal plak.
dan lagi satu webe tak boleh torrent sebab dia limit kan p2p connection. ok lah tu nak torrent guna la akaun zbig.
hmm apa lagi aku tak cerita, comment dulu kat bawah pendapat korang.
13 comments:
Slm...aku br dftr webe kt tm point mlk...tp msh tunggu...sbb guna nmbr sama...u mobile kpd webe..sim umobile msh ada servis..mungkin lps ry cina kot..
Smua modem ke boleh detect sim webe ni?
kalau modem jenis ada wifi atau mifi tak boleh nanti dia hantar sms kena bayar untuk hotspot, tapi kalau modem yang biasa boleh .
Bro,sekarang ade promosi lg tak???
tp asl ek ble msokkn kt modem maxis lte 93d dia xdpt connect?broadband pn sme
Salam..boleh tau awak guna modem jenis apa ye?
Saya guna hotspot dari phone je.
rugi lah kalau guna modem sebab boleh free call
Masih laju ke webe ni...ada baca komen komplen dekat youtube n blog kata rugi pakai webe
Yup ada masalah speed skrg mungkin sebab banyak dah orang guna, line kadang2 putus-putus.
walaupun tulis 4g status tapi slow, waktu siang hingga malam tak stabil.
untuk streaming max 480p boleh lagi,
untuk gaming tak sesuai kalau siang, tak smooth
Assalammualaikum....
Bro.... nak tanya,..
Kalau WEBEmobile kita masukkan ke USB MODEM untuk guna laptop.... pihak TM caj kos HOTSPOT atau tak.....?
Waalaikumsalam
Sepatutnye takde masalah, boleh je, cuma kena pastikan jenis modem bukan yang jenis mifi, sebab saya try yang mifi tak boleh dia detect hotspot,
kalau direct macam usb dongle saya rasa okay.
tentang hotspot , tak pasti sebelum ni dia akan hantar sms suruh subscribe, tapi yang baru ni, ada customer service webe kata dia akan cas terus kalau on hotspot.
saya guna hotspot setakat ni kalau line 4g okay, sebab sekarang ada promosi 10Gb hotspot hanya untuk 4g , kalau line 3g/H+ tak boleh hotspot.
wallahualam,
mmmmm.... maksud saya Camner nak pakai kat laptop atau pc tanpa perlu bayar rm6 utk 2 jam tu
Post a Comment