Pages

09 September 2014

Kursus Training Of Trainer - Melahir Penceramah Palestin

Bismillahirrahmanirahim


Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk menaip dan bernafas lagi, dengan masih memakai agama Islam, semoga Allah mengizinkan aku untuk Istiqomah.


Aku pun tak tahu macam mana tiba-tiba aku boleh ikut kursus ToT Palestin ni, adalah beberapa hari sebelum hari kursus tu, aku naik kereta sembang-sembang dengan ayah, 

" Abang ko nak masuk tak kursus public speaking?"
(yang sebanarnye lebih ke palestin, bukan nak public speaking sangat)


"Boleh je" 

Aku setuju je , dah tak tau nak buat ape kat rumah

"kat mana buat?"

"Bangi." 

"Hmm ok lah. "

Jadilah aku pergi malam jumaat tu dengan Syafiq, naik kancil.. Tapi dia kata dia balik malam tu jugak ada kerja esok, hmm so tinggal lah aku kat situ takde member. Niat pun sekadar nak isi masa aku yang tak tau nak buat ape. Jadi aku tak kisah lah duduk kat sana 2 hari, sampai sabtu petang. 

Mission Briefing : 
Time 22:00
Location xxx
Malam tu punya ceramah oleh Encik Azman.

Dia punya ceramah style teori konspirasi ,hehe jangan marah. Mengikut Kajian dia orang Islam akan berperang besar-besaran melawan Yahudi pada tahun 2022.. 
hmm teringat aku kat wawasan 2020 Mahathir.



Antara fakta dia:


1. "Yahudi akan lenyap dari muka bumi pada 2022", kata Henry Kissinger pada 1 oktober 2012
2. Buku "Israeli Empire Collapses In 2022" tulisan seorang pak arab, Bassam Nihad Jarar.

Pergh seram jugak aku, lagi 6 tahun nak perang ni, sempat lagi tak nak nikah.. hehe

So kiranya kita kena saip-siap lah dari sekarang, kita nak jadi APA waktu perang tu nanti:

1. Pejuang askar
2. Orang awam biasa yang bila-bila boleh mati

"Kita tak boleh pilih masa kita mati, tapi kita boleh pilih cara kita mati sebagai orang biasa atau orang yang berjuang" (nampak tak kesemangatan di situ)


Subuh Ops:
Time 06:30
Location xxx
Pagi tu pulak tazkirah oleh Syekh Hussam, Sedikit cerita pasal dia, kesian dia tersangkut kat Malaysia sebab kerajaan Mesir tak bagi melepasi Mesir untuk masuk ke Palestin. Kira kes dia macam dalam cerita "The Terminal" dah 2 bulan, doakan dia agar mudah urusan balik berjumpa ngn keluarga dia.

Okay sini ada satu kenyataan...
Kemenangan umat Islam tertangguh disebabkan kemaksiatan, Umat Islam dilanda penyakit Wahan, cintakan dunia dan  takut mati. So bagaimana umat Islam satu dunia ni akan menang, seperti juga yang dijanjikan dalam hadis?? Inshaallah .

Ni teori dalam kepala aku waktu tazkirah subuh:

1. Ummat Islam akan berjaya dengan dakwah yang dibawa oleh kumpulan@ngo Islam dan semua orang berpegang teguh dengan iman yang mantap, banyak orang cina/india masuk Islam, kemudian akan bersama menjatuhkan kuffar/zionis dengan mudah.

Atau pun

2. Ummat ni akan berada di ambang kemusnahan kerana diserang secara fizikal mungkin worldwar3, dan waktu tu barulah ummat yang berasa kesempitan tahap extreme hanya ada satu harapan iaitu Allah, waktu tu iman ummat tahap tinggi dan barulah pertolongan Allah sampai. 

Hmm...

Third Ops:
Time 08:30
Location xxx
Aku tunggulah bila nya nak diorang bagi cara-cara public speaking.. sekali tengok tajuk slot: 
"Kepentingan Masjid Aqsa Dari segi Aqidah" lebih kurang lah .

Apa yang cuba disampaikan di sini sebagai seorang penceramah mengenai palestin kita mesti mempunyai info-info yang detail..

yelah dah aku ni pergi al-aqsa pon tak pernah, jadi macam mana nak bayangkan tempat-tempat kat sana.



waktu tulah aku betul-betul ambil tahu, peta masjid alaqsa
*masjid , ada solat jumaat
*kubah emas , ada solat waktu,(tempat nabi solat waktu isra')
*pintu mahdi, (golden gate)
*dinding yahudi (western wall)
*tempat parking buraq (mughrabi gate)
*dan banyak lagi nak kena hafal map ni.. kata semangat palestin..

#Rupa-rupanya dome of the chain adalah binaan skala kecil sebelum di bina pada skala besar (dome of  the rock) pastu ada sultan jordan belanja emas.. tu yang besar tu ada emas.

peh susah jugak tu baru map kawasan masjid, belum lagi
*Palestin (atau Israel skrg), Westbank, Haifa,.. dan lain-lain, yelah sekali baca post facebook kata roket Qassam sampai Haifa le sampai airport le, selama ni nak bayang kan memang tak nampak le, cuma dapat rasa oooh power gak roket tu..


Lagi satu kalau warna bendera palestin, pon tak tau memang susah le, hehe aku pon konfius gak ngn bendera negara-negara arab ni, banyak sangat nak dekat-dekat.


Lagi apa, angka-angka syahid, bilangan kecederaan, luas kawasan, tarikh-tarikh semua..
pehh yang aku ingat satu tarikh je 15 mei 1948 , oklah tu.. Nak ingat semua tarikh  perjanjian macam nak masuk exam plak..

tapi sebab apa kita susah nak ingat tarikh-tarikh ni semua, sebab ia TAK SIGNIFIKAN dalam hidup kita, nampak sangat selama ni hanya semangat ikut-ikutan saja.

APA FUNGSI KITA:

Okay apa fungsi kita nak sampaikan isu palestin kepada orang awam,
Kita sebenarnya nak ajak orang ramai kepada mengamalkan hidup yang Islam 100%..

Yelah kalau setakat kesian kat palestin tak cukup..

Kalau setakat tampal sticker kereta, bawa bendera, mafla bagai tapi subuh pon hmm.. itu semua poyo

OKAY PART LAST SEKALI
Time 02:30
Location xxx

Okay at last, acara yang ditunggu-tunggu, mock speech atau practical.
semua peserta diberi peluang untuk bercakap di depan, untuk di komen oleh juri.. (cewah bajet )

Jadi ramai lah yang mencuba untuk bercakap ada yang gugup sikit, ada yang konfiden, makcik pon ade.

Tapi malang nya aku tak cukup konfiden untuk bercakap pada hari tu.. nervous beb. sejuk jari aku.
arggh [FAILED]


P/s: Sebenarnya penyampaian/ceramah banyak lagi tapi ni cuma secebis/sekelumit yang aku ingat, 








No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...